Terms & Conditions for Plusian Preneur

BAHASA MELAYU

1. Mereka yang berdaftar di bawah program Plusian Preneur akan dikenali sebagai PP.

2. PP mesti menjalani kelas MC+ sebelum mempromosikannya kepada orang lain. Buat masa sekarang, hanya pelajar Tingkatan 5 Pro Max sahaja yang boleh menjadi PP.

3. PP mesti mempunyai langganan sekurang-kurangnya selama satu bulan dengan MC+.

4. Pendaftaran PP untuk Plusian Preneur adalah dengan persetujuan ibu bapa dan jika didapati sebaliknya MC+ berhak mengeluarkan PP daripda program Plusian Preneur.

5. PP bukan ejen MC+. MC+ tidak bertanggungjawab atas aktiviti PP. Semua tindakan PP dilakukan atas kehendak mereka sendiri dan tanpa paksaan daripada MC+.

6. Setelah mendaftar untuk program Plusian Preneur, PP akan menerima kod rujukan sekali sahaja. Kod rujukan ini mempunyai tarikh luput sehingga dua tahun untuk pengambilan PP Disember 2020.

7. PP boleh mempromosikan kod rujukan mereka secara terbuka dan berhemah. PP tidak dibenarkan membuat overprize / oversell. MC+ tidak bertanggungjawab atas apa-apa perlakuan PP.

8. Untuk setiap langganan MC+ menggunakan kod rujukan PP, PP layak mendapat kredit tunai sekali sahaja iaitu 13% daripda jumlah yuran langganan. Kredit tunai ini dikenali sebagai Kredit PP.

9. Kredit PP tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.

10. Pastikan kod rujukan PP dimasukkan dengan tepat oleh para rekrut semasa pendaftaran. Sekiranya mereka melakukan kesilapan dalam memasukkan kod daripada PP, MC+ tidak akan melayan sebarang aduan.

11. Kredit PP akan diperiksa & disahkan terlebih dahulu oleh MC+ sebelum dikreditkan ke akaun bank ibu bapa / penjaga PP yang didaftarkan. Adalah dimaklumkan bahawa proses pengesahan dan pengeluaran Kredit PP ke akaun bank yang didaftarkan atau cek memerlukan masa sekitar 3 hari. PP tidak boleh membatalkan urusan setelah memohon pengeluaran. MC+ berhak untuk tidak memenuhi permintaan tersebut.

12. Sekiranya MC + mendapati bahawa PP melakukan penyelewengan terhadap sistem Plusian Preneur, MC+ berhak membawa perkara itu ke muka pengadilan. Akibatnya, PP akan diberhentikan serta-merta daripada program Plusian Preneur.

13. Sekiranya PP didapati melakukan kegiatan penipuan kepada orang lain menggunakan program Plusian Preneur, MC+ berhak untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

14. Sekiranya PP didapati melakukan aktiviti yang mencurigakan dan berunsurkan penipuan dengan menggunakan sistem Plusian Preneur, MC+ berhak membekukan Kredit PP serta-merta sehingga siasatan selesai dilakukan.

15. MC+ tidak bertolak ansur dengan sebarang fitnah terhadap syarikat dan pekerjanya serta memandang serius akan perkara ini. MC+ juga berhak untuk membuat tindakan undang-undang.

16. Kod rujukan PP yang digunakan oleh pelajar tidak akan dikembalikan dalam sebarang bentuk walau apa-apa keadaan sekalipun.

 

 

ENGLISH

1. Those registered under the programme of PlusianPreneur will be known as PP.

2. PP must experienced MC+ classes before promoting it to others. As for now, only Form 5 Pro Max students are eligible to become PP.

3. PP must have/had atleast one month subscription with MC+.

4. PP enrolment of Plusian Preneur is with parent’s consent and if found otherwise MC+ have the right to remove PP from Plusian Preneur programme.

5. PP is not an agent of MC+. MC+ is not responsible and/or accountable to any actions of PP. All actions of PP are with their own free will and without any coercion from MC+.

6. Upon signing up Plusian Prenuer programme, PP will receive a one time referral code. This referral code has no expiry date as for now.

7. PP can promote their referral code publicly and with acceptable manners. PP is not allowed to over promised/ oversell. MC+ is not responsible and/or accountable for PP’s actions.

8. For every subscription of MC+ using PP’s referral code, PP is eligible for one off cash credit which is 13% from the amount of the subscription fee. This cash credit is known as PP’s Credit.

9. PP’s Credit cannot be transfered to other people.

10. Please ensure that PP’s referral code is entered properly during registration of subscription. Should those intended to register using PP’s referral code failed to do said action, MC+ will not entertain any excuses.

11. Eligible PP’s Credit will be checked & validated first by MC+ before it is credited into PP’s parent/guardian registered bank account. Please be informed that the validation and withdrawal process of PP’s Credit into cash is within 3 days. PP can not reverse the process once applied for conversion of PP’s Credit into cash. MC+ is allowed not to entertain such request.

12. Should MC+ found PP is using the Plusian Preneur system with irregularities and/or mala fide, MC+ reserve its right to bring the matter to Court. Further, PP will be dismissed from the Plusian Preneur programme automatically upon the said findings.

13. Should PP is found to conduct any fraudulent activities to others using Plusian Preneur programme, MC+ has the right to take the said complaints/matters to legal authority.

14. Should PP is found to have conducted any suspicious or fraudulent activity and/or using the Plusian Preneur system with irregularities and/or mala fide, MC+ has the right to immediately freeze PP’s Credit until due investigation had been conducted and completed.

15. MC+ does not tolarate to any defamation against its company and/or employees and take this matter seriously. MC+ also reserve its rights for legal action.

16. All subscribed student using PP’s referral code are not refundable regardless of any condition.

Contact Us

No. 13-2 Jalan AU1A/4B, Off Jalan Setiawangsa, Keramat Permai Business Centre, 54200 Kuala Lumpur

03 4256 6699

Quick Links

Home
All Features
Our Services

About

About Us
Our Team
Privacy Policy
Contact

Subscribe