Terma & Syarat

Langganan MCPLUS

Sebaik sahaja pembayaran telah dibuat, anda secara langsung telah bersetuju dengan terma & syarat yang ditetapkan oleh Syarikat kami.

01

Akaun Langganan MCPLUS

Segala komunikasi rasmi akan menggunakan nombor telefon / email yang telah didaftarkan kepada Akaun. Sila pastikan nombor telefon / email yang aktif digunakan.

Perkongsian Akaun oleh pelajar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya Akaun didapati melakukan perkongsian, pihak MCPLUS berhak menyahaktifkan (deactivate) Akaun tersebut sepenuhnya tanpa sebarang pemulangan bayaran.

MCPLUS menawarkan kelas atas talian secara siaran langsung (live) dan kemudahan ulang siar (replay) akan hanya diberikan sebagai talian kecemasan sekiranya anda terlepas kelas siaran langsung. Kehadiran anda ke dalam kelas siaran langsung amat digalakkan.

02

Akses kepada Ulang Siar (Recording)

Video ulang siar hanya boleh dimainkan melalui aplikasi MCPLUS sahaja. Rakaman video atau penyebaran kandungan kelas ke mana-mana platform adalah dilarang sama sekali.

Pelajar perlu menggunakan point terkumpul untuk mendapatkan akses tambahan video ulang siar. 1 pengulangan ulang siar memerlukan 1200 point.

MCPLUS membenarkan 2 kali ulang siaran percuma untuk semua kelas yang bermula sebelum pukul 7.00PM kecuali kelas pada hari Sabtu.

Video ulang siaran boleh diakses selama 7 hari selepas sesi hari tersebut tamat.

03

Point

Point adalah sistem kredit dalaman MCPLUS yang digunakan bagi mengakses video Replay.

Point akan diberikan secara percuma untuk setiap langganan. Jumlah yang diberikan adalah mengikut nilai langganan.

Point tambahan boleh dibeli melalui aplikasi MCPLUS.

Pihak MCPLUS berhak untuk menentukan dan mengubah cara untuk mendapatkan Point. Makluman akan diberikan melalui ruangan Inbox untuk setiap perubahan.

04

Jadual Kelas

Jadual kelas mingguan (Normal Class) adalah tetap. Pelajar bebas memilih subjek, tutor, dan kumpulan kelas yang diinginkan mengikut kesesuaian masa.

Sebarang permintaan pindaan waktu kelas tidak akan dilayan. Jadual di MCPLUS telah ditetapkan untuk penggunaan selama 1 tahun.

Dalam kes kecemasan di mana tutor tidak dapat hadir, pihak MCPLUS akan mengadakan kelas ganti bagi sesi tersebut. Pelajar akan diberi pilihan untuk menghadiri kelas ganti ataupun memasuki kelas subjek yang sama diajar oleh tutor lain.

Kelas ganti akan dijadualkan dalam masa 7 hari dari sesi kelas asal. Notis kelas akan dimuatnaik dalam ruangan Inbox aplikasi MCPLUS.

Pihak MCPLUS berhak untuk mengubah jadual kelas mengikut kesesuaian dari masa ke semasa.

05

Cuti Umum

Tiada kelas ganti akan disediakan sekiranya kelas jatuh pada hari cuti umum (Public Holiday).

Namun begitu, sekiranya terdapat cuti tambahan yang diluar cuti umum rasmi, tarikh langganan semua pelanggan akan dipanjangkan sebagai timbal balik.

06

Penggunaan Peranti

Pastikan peranti anda sudah dikemaskini ke versi terbaru aplikasi melalui App Store / Google Play.

Hanya satu peranti untuk satu akaun dibenarkan akses kelas pada satu masa.

Penyambungan internet minima 30 Mbps diperlukan. Boleh semak kelajuan internet menggunakan aplikasi Ookla atau sepertinya.

Penggunaan Chromebook tidak digalakkan kerana ia tidak menyokong integrasi aplikasi Zoom Workplace Link yang digunakan dalam kelas MCPLUS.

07

Had Umur Langganan

Tiada had umur untuk melanggan kelas di MCPLUS. Semua peringkat umur dialu-alukan untuk menyertai kelas yang ditawarkan.

MCPLUS menawarkan pembelajaran formal bermula dari Tahun 5 hingga Tingkatan 5.

08

Polisi Pemulangan Bayaran

Pengesahan Langganan — Setelah pelajar melanggan dengan pihak MCPLUS dan langganan tersebut telah berjaya, Pelajar telah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan dalam dasar ini.

Tiada Pemulangan Bayaran — Semua langganan yang dibuat melalui Aplikasi MCPLUS adalah tidak dikembalikan. Setelah pembayaran dibuat dan diproses, tiada bayaran balik akan dikeluarkan atas sebarang sebab.

Pengubahsuaian Langganan — Sekiranya pelajar ingin mengubah subjek, group, tutor atau jenis program, pihak MCPLUS akan cuba sedaya upaya untuk membantu tetapi tertakluk kepada ketersediaan, terma dan juga syarat.

Polisi Ketidakhadiran — Sekiranya pelajar tidak menghadiri kelas, langganan dianggap telah berjalan dan tiada bayaran balik akan diberikan. Pelajar digalakkan untuk kekal komited dalam menghabiskan baki tempoh langganan tersebut.

Pengesahan Persetujuan

Ya, saya bersetuju dengan semua syarat dan penerangan di atas. Sebarang bayaran balik tidak akan dikembalikan dan saya wajib habiskan langganan saya.

Saya Bersetuju

© 2025 MCPLUS. Hak cipta terpelihara.

Join The Biggest Online Tuition

In Malaysia

Join The Biggest Online Tuition In Malaysia

Still have questions? Contact us at

Join The Biggest Online Tuition

In Malaysia

Free 7 Days

All Subjects

All Tutors

Still have questions? Contact us at

Copyright 2025 – MC Corporate Consultant Sdn Bhd

Copyright 2025 – MC Corporate Consultant Sdn Bhd

Copyright 2025 – MC Corporate Consultant Sdn Bhd