

Apakah itu Seminar Akhir SPM?

bagaimana s.a.s membantu calon spm?













Images Movement

Drag / Click


Sir Fathi


Sir Iqbal


Sir Hazeeq


Sir Badang


Sir Uzairi


Sir Shukri


Sir Syahmi


Ms Sakinah


Sir Omar Faayiz


Ms Sara Khan


Sir Syuhadak


Sir Badang


Sir Hazeeq


Sir Syahmi


Sir Asri


Sir Taufik


Sir Iqbal


Ms Aina


Ms Zack Kirana


Sir Ifwat


Sir Zacky


Ms Niessa


Ms Zack Kirana


Sir Syuhadak


Ms Rossa


Sir Hamidi


Sir Omar


Ms Sakinah


Sir Fadzly


Sir Shukri


Sir Amir Maaruf


Sir Theva


Ms Maryam Khan


Sir Navin


Ms Nasuha


Sir Shafiee


Ustaz Akmal


Sir Zain


Ms Sara Khan


Ms Zaza


Ustaz Ikhwan
YANG PALING MENARIK
Semua peserta SEMINAR AKHIR SPM MCPLUS


faq
Frequently Asked Questions
Seminar Akhir SPM (SAS) ni seminar apa?
Seminar Akhir SPM ialah seminar yang memberi tumpuan kepada teknik menjawab soalan, strategi memperoleh markah tinggi, serta membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk soalan peperiksaan sebenar sebagai persediaan menghadapi SPM. Tutor akan terus membimbing pelajar sehingga hari peperiksaan. Sehari sebelum setiap kertas peperiksaan SPM, tutor akan mengadakan seminar khas bagi mata pelajaran berkenaan untuk memastikan pelajar lebih bersedia dan yakin menghadapi peperiksaan. #KAMIIRINGSAMPAIDEWAN
Apa beza Seminar Akhir SPM (SAS) dengan Seminar All Out SPM (AOS)?
Seminar AOS menumpukan kepada pengukuhan asas dan penguasaan topik penting mengikut silibus SPM. Manakala SAS pula memberi tumpuan kepada strategi menjawab dan teknik skor A+ menjelang peperiksaan sebenar. Kedua-duanya saling melengkapi bagi membantu pelajar mencapai keputusan terbaik dalam SPM.
Adakah saya perlu sertai semua slot untuk subjek yang saya langgan?
Pelajar wajib sertai slot semua tutor untuk subjek yang pelajar sudah langgan. Untuk Setiap slot, tutor berbeza akan ajar topik yang berbeza. Susunan ini dibuat bagi memastikan Pelajar dapat belajar melalui pelbagai gaya pengajaran, sekali gus meningkatkan pemahaman.
Kalau tak pernah subscribe MC+ boleh ke join seminar ni?
Boleh sangat untuk sertai! Malah amat digalakkan sebab SAS ini bukan hanya untuk pelajar yang telah mengikuti kelas MC+ sejak awal tahun. Seminar ini juga sesuai untuk pelajar yang rasa tak sempat nak ulang kaji atau masih banyak topik yang belum dikuasai dalam self study. Dalam seminar ini, pelajar akan belajar cara menjawab, strategi skor A+, dan teknik menghadapi soalan sebenar SPM (paper attack) secara intensif.
Ada Replay untuk Seminar Akhir SPM?
Ya ada, replay akan disediakan dari slot SAS paling awal sehingga akhir seminar nanti. Maksudnya peserta seminar boleh akses mana-mana slot yang mereka terlepas pada bila-bila masa selagi seminar belum tamat keseluruhannya.
Berapa Replay tiket yang diperlukan untuk tonton REPLAY video SAS?
Kami berikan 1 kali REPLAY percuma untuk semua seminar yang bermula sebelum jam 6.59PM pada setiap hari kecuali pada hari SABTU. Sekiranya Plusian ingin menonton buat kali kedua atau seterusnya, tontonan tersebut akan memerlukan 2 tiket Replay.
Saya adalah pelajar SPMU. Adakah seminar ini sesuai untuk saya?
Boleh sahaja kerana ia akan membantu pelajar menjawab peperiksaan SPM dengan pendedahan bentuk soalan yang berbeza dan membantu pelajar mahir dengan perkara asas yang mereka sudah belajar sebelum ini.
Boleh tak tingkatan lain nak join seminar ni?
Maaf, untuk SAS ini hanya untuk tingkatan 5 sahaja. Tetapi kami akan sediakan seminar untuk level lain juga nanti. Plusian boleh semak instagram atau laman web rasmi kami di mcplus.my untuk dapatkan info berkaitan seminar.






