fbpx

Memang bukan sampah kita, tapi ini kan negara kita?

Tujuan

Betulkan mentaliti, one trash at a time. Secara simple nya, sambil peserta KUTIP sampah, secara tak langsung mereka akan nampak apa kesan sekiranya kita membuang sampah merata-rata, betapa hina dan jijiknya kelakuan ini, dan insyaAllah habis sahaja program KUTIP mereka akan kembali ke komuniti masing-masing membawa mentaliti yang baru. Apabila orang seperti ini makin ramai dalam masyarakat, makanya kita akan dapat bendung masalah sampah kita secara akar umbi di masa akan datang.

Konsep

Benda ni simple; kita berkumpul, ambil plastik sampah, pakai glove, lepas tu kita KUTIP sampah yang sampah masyarakat buang merata.

Lepas sejam setengah, kita kumpul balik, timbang sampah yang berjaya kita KUTIP, lepas tu settle. Sampah yang dah kita KUTIP tadi biar kami bawakan ke tempat pelupusan sampah.

Metodologi

Kami sediakan plastik sampah (tebal punya der! Premium), glove (sebab dirimu begitu berharga), dan minuman botol (please jangan buang merata pula lepas minum, kalau tak dengan orang tu kita KUTIP!)

poster-KUTIP

EPISOD / LOKASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

Tujuan